Wednesday, August 22

HOMESCHOOLING: adakah option terbaik?






Assalamualaikum w.b.t

I'm Dewi here, and since im a little bit concerned with my future of my first born, so im bringing up this not so popular topic in Malaysia, that is: HOMESCHOOLING

What is homeschooling?
ia adalah satu alternatif lain untuk pendidikan selain daripada pergi ke public school seperti sekolah kebangsaan. Di malaysia homeschooling masih dibawah radar kerana ramai ibu bapa lebih senang untuk memilih sekolah awam atau kerajaan dimana struktur persekolahan adalah dibawah jadual yang ditetapkan oleh guru. ada juga yang memilih sekolah swasta dimana yurannya adalah lebih mahal dan kadang-kadang satu semester boleh mencapai hingga puluhan ribu ringgit.

Kenapa saya hadirkan topik ini adalah kerana saya adalah seorang ibu yang sentiasa berfikir 10 steps ahead. risau dengan struktur persekolahan pelajar sekarang yang lebih kepada exam-oriented dan bukan child-oriented, dan juga bermacam masalah-masalah lain lagi.

Saya juga seorang yang sentiasa ketahui maklumat atau update-update terbaru dari KPM kerana saya adalah seorang pendidik. Saya ialah guru tuisyen yang telah berpengalaman dalam mengajar selama 10 tahun. Walaupun dalam tempoh itu saya perhatikan perubahan yang mendadak yang telah dipilih oleh pihak kerajaan lebih membebankan pelajar dan sepertinya diusia seawal 7 tahun. Keputusan kerajaan untuk menukar konsep lama ke baru secara mendadak juga menampakkan impak kepada pelajar-pelajar sekolah.

Kembali pada topik saya, iaitu homeschooling(HS). Kaedah HS ini lebih menerapkan kepada belajar dirumah dan ibu dan bapa sebagai guru dan mesti mengikut silibus tertentu. Parents boleh memilih silibus mana yang akan ditentukan.subjek-subjek seperti Matematik, bahasa inggeris, bahasa melayu, sains, sejarah dan matapelajaran lain diterapkan dalam setiap sesi. kelebihan disini adalah parents dapat plan apakah jadual dan subjek yang akan diajar berdasarkan silibus tahunan yang telah dipilih.

apakah silibus tersebut?well, saya masih dalam level research.dan terdapat banyak sangat blog-blog oleh Malaysian yang telah saya baca. sedikit sebanyak boleh menolong saya dalam journey ke arah pendidikan untuk bakal pemimpin dunia ini.

Insyallah akan research lagi mengenai topic ini dengan lebih mendalam

No comments:

Post a Comment

share,like,comment