Assalamualaikum,
After a whole lot of work,now sempat jugak pergi berjimba disekeliling Brunei ni,memang x banyak sangat pengalaman sana yang dirakam kat dalam kamera, tapi banyak lagi yang terpahat dalam ingatan,chewah,back to business.
Well, it all began on the fourth day of our business trip, time tu boss da pun berlepas ke Malaysia, so para Delegates yang tertinggal di Brunei de gak cadang nak berjalan2 sekitar, dan salah satu tempat yang dicadang ialah KAMPUNG AYER, At first ,i was skeptical, tapi bila dengar ade BOAT RIDE so pe lagi, aku pun terus say yes!!
Hampir semua papan tanda di Brunei ditulis Jawi, so kalau nak fahamkan pasal tanda jalan,kenelah baca translation dibawah ye..
ni bot yang kitorang sepatutnye naik,tapi mahal berbanding dengan Sampan yang tengah menunggu disebelah kanan pelabuhan,well, it look macam sturdy je berbanding sampan ty,but since memasing stick to bajet and pengalaman nak naik bot,so pilih bot je lagi besh!
Looks scary,tapi worth it!masa seorang delegates nak duduk kat atas sampan tu... Bergoyang abes!nasib baik ade pakcik yang Otai menjaga kitorang.cayalah pokcik!we love u!
Memasing muke penuh harapan dan keseronokan,ye la..baru first try naik bot ni,bergambar sakan la memasing,notice semua ngah tahan seram bot comel ni terhuyung-hayang.yang driver kitorang tu memang la super-duper pemberi fakta terkini and tour guide yang terbaik!.
tapi memang aku notice, tiap kali kitorang hop in public transport di Brunei Darussalam ni,pemandu die memang super nice and informative,setiap mercu tanda kat brunei mesti ade cerita disebaliknye.so its like a walk into history la kitorang dengan cerita2 orang2 kat sane.awsum!
Ni buat pengetahuan kome, ialah Balai bomba la, Tapi kemana hilangnye Bomba pemadam air tu?eden pun x taw..
mesti tertanya apekah ini,inilah batu yang tak pernah tenggelam!
Mengikut cerita, Brunei ketika itu di bawah jajahan Majapahit dan terpaksa membayar ufti kepada Majapahit. Pada masa itu ada seekor ayam sabung yang terkenal kerana kejaguhannya, Mutiara, yang dimiliki Awang Senuai, anak saudara Sultan Brunei, Awang Alak Betatar.
Ia menarik minat Raden Angsuka Dewa yang mempunyai ayam sabung dinamakan Asmara. Kedua-dua kerajaan bertaruh yang mana Raja Majapahit akan menyerahkan kembali ufti tahunan itu kepada Brunei jika kalah, sementara Brunei kekal di bawah jajahan jika kalah.
Pada hari pertandingan sabung ayam, Mutiara dan Asmara mula menyerang satu sama lain hingga tiba-tiba Asmara yang ditikam dan cedera parah ketika perlawanan melompat keluar dari bulatan diikuti Mutiara.
Asmara yang lari untuk merawat luka akhirnya jatuh ke dalam laut dan bertukar menjadi pulau dinamakan Pulau Pilong-Piolongan sementara Mutiara yang cuba mengejar jatuh ke dalam sungai, disumpah Raja Majapahit menjadi batu seakan pulau kecil dipanggil Lumut Lunting.
Berdasarkan cerita orang tua Kampong Ayer, batu Lumut Lunting tidak pernah ditenggelami air tidak kira berapa tinggi air sungai naik kerana jika batu itu tenggelam, ia adalah petanda ada kerabat diraja akan meninggal dunia.
I dunno ini scary ke ape, tapi ni sebenarnye uri, since penduduk Kampung Ayer tak de kawasan darat, so after delivering the baby, the Uri akan digantung dikawasan ini.
Best!best!best!
Thank you for viewing this exciting entry!
No comments:
Post a Comment